UTAMA

POK DE CATERING telah ditubuhkan pada 20 Jun 2011 yang beralamatkan No GL 28 , Jalan Cuepacs 2A , Taman Koperasi Cuepacs , 43000 Kajang , Selangor .

POK DE CATERING mula beroperasi pada tarikh yang sama dengan penubuhannya . Penubuhannya sejajar dengan seruan kerajaan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan .
Sebagai sebuah katering berpengalaman dengan di bantu oleh beberapa tenaga mahir , POK DE CATERING sedia menerima tempahan makanan untuk majlis-majlis seperti berikut :

-Majlis Makan Malam Amal
-Jamuan Korporat
-Doa Selamat/Tahlil Arwah
-Jamuan Hari Raya
-Mesyuarat/ Seminar/ Kursus
-Pelbagai Majlis lain.

Selain perkhidmatan catering, POK DE CATERING juga turut menyediakan perkhidmatan berikut:

-Perkhidmatan Butik & Andaman
-Perkhidmatan Penyewaan Knaopi & Peralatan
-Perkhidmatan Pengurusan Acara
-Perkhidmatan Fotografi
-Perkhidmatan Pengacaraan & Deejay

POK DE CATERING merupakan katerer berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis majlis sama ada majlis kecil-kecilan mahupun majlis berprofil tinggi & berkapasiti besar.
Dengan tenaga kerja yang profesional, berdedikasi dan mesra, kami pastinya akan menjadikan majlis anda lebih bermakna. Kami sentiasa mengutamakan kualiti dalam masakan dan perkhidmatan kami. Segenap aspek dan ruang kami saji, hias dan persembahkan dengan teliti agar ia menjadi sesuatu yang indah untuk dikenang pelanggan-pelanggan kami.

“Sajian Johor Sepanjang Zaman”

Direnjis-renjis dipilis-pilis,
Sebagai ucapan selamat datang,
Menerima tempahan untuk semua majlis,
Silalah tuan puan datang bertandang

Nasi Beriani menjadi keutamaan,
Menu sampingan acar mentimun,
Sajian Johor Sepanjang Zaman,
Resipi asli turun temurun